
Alangkah bahagianya hidup ini sekiranya anggota polis di negara ini kuat berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar. Menuruti perintah Allah seperti yang termaktub di dalam Al Quran dan mencontohi Rasulullah dalam setiap gerak dan tindak.
Kebelakangan ini, imej polis tercalar dengan insiden dalam lokap dan sebagainya. Slogan Mesra tidak diamalkan sehingga rakyat merusuh dan tidak berpuas hati. Tindakan yang dilihat seperti berat sebelah juga tambah mencemar wajah suci sektor penjaga keamanan negara ini.

Biarlah Islam menjadi pemandu jalan, nescaya negara akan aman seperti janji Allah, " Negara yang Aman dan makmur dan mendapat pengampunan Allah."
Ayuh cikgu! Islam For All.
Ingat! Kebaikan dibalas syurga. Kejahatan dibalas neraka.
Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka. - Al QURAN.
No comments:
Post a Comment
Sila komen. Terima kasih.