Thursday, April 16, 2009

Kiamat Sudah Dekat

Suatu hari nanti pasti janji Allah akan datang. Ketika langit terbelah, laut menggelegak panas, gegunung berterbangan bak bulu, ibu mengandung keguguran, ibu meninggalkan bayinya yang sedang disusunya dan macam-macam lagi jenis huru-hara yang dahsyat. Itulah kiamat. Noktah kehidupan di bumi. Tiada lagi tamadun. Tiada lagi makhluk. Yang tinggal hanya Sang Khaliq.
Adakah kita sedar bahawa tika itu sangat hampir dengan kita?
Apakah kita masih mahu berada di takuk lama tanpa bersungguh-sungguh menyediakan bekal untuk kehidupan kekal abadi?
Tepuklah dada, tanyalah iman.
Bacalah cerita-cerita tentang kiamat dan hari akhirat. Moga-moga kita semua golongan yang dipilih Allah untuk menjadi tetamu syurgaNya. Jadilah penolong Allah ( dengan berusaha gigih/berjihad menegakkan hak Allah di muka bumi ini ) nescaya Allah akan menolong kita. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Sila komen. Terima kasih.

Pesan Kek

Pesanlah kek atau biskut untuk apa sahaja acara. Telefon 013-9209187 Cikgu Khuzairi. Untuk Lembah Kelang sahaja. Berminat jadi pengedar? Telefon, jangan tak telefon.

Asmaul Husna

Asma Al-husna2 Pictures, Images and Photos

Listen and Understand

Just listen and try to read the translation and understand it. Tell your friends, please. Surah Al Fath